DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Q & A
06 May 2016 | 10:36 PM | 0 comments





Im bored again. So nak buat Q&A untuk diri sendiri boleh kan? hehe. Aku tengok kat twitter orang main quote-2 soalan tu. Teringin nak buat tapi sebab dah ramai yang buat so nak buat kat blog lah. Kat blog bukan ada orang baca sangat kan. Hiks. Sebenarnya banyak kerja ni tapi erm erm malasss gilaaa nak buat. Sekarang ada assignment TITAS yg tak gerak lagi tapi nak present dah next week, kena buat folio dengan video pembentangan, research untuk english lagi 5000 patah perkataan tu and kertas kerja dalam Bahasa Arab, karangan Arab. Hoho banyak kan? Kbai.


Ok jom mula.


1. Nama penuh awak? And nama panggilan?

Nama saya Adibah Syakinah Bt Amran. Maksudnya Adibah = Berpengetahuan/Sasterawan and Syakinah/Sakinah = Ketenangan :) Family panggil Ebah. Kawan kawan panggil Dibah/DibDib/Syakinah. 


2. Ada berapa adik beradik?

Semua nya 4 orang. Saya yang ketiga. Ada dua abang and satu adik laki. Anak tunggal perempuan yang manja malas dan annoying. Huhuhu


3. Belajar kat mana sekarang?

Belajar dekat Universiti Sains Islam Malaysia or USIM. Dekat Nilai. Sekarang degree tahun satu dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Dah nak habis dah tahun satu. Bulan 9 ni masuk tahun dua.


4. Dah ada boyfriend? Pernah ada boyfriend?

Sekarang takda. Pernah ada. Kbai


5. Ada minat sesiapa?

Takda. Malas.


6. Ciri ciri future husband?

Boleh tahan dengan perangai saya. Tak handsome takpa janji sedap mata memandang. And taknak yang perasan handsome. Tak suka lelaki perasan ni. Annoying. Yang perasan handsome tu laa yang nak curang nanti. Yang penting pandai semua benda. Hahah lagi emm taksuka yang kurus sangat, gemuk sangat. Sado pun ok gak em bai


7. Pernah dikecewakan?

Pernah. Tapi bukan salah dia pun. Dah takde jodoh, takde la.


8. Taste orang kulit warna apa?

Cerah kot.


9. Artis lelaki kegemaran? Why?

Berubah ubah. Buat masa sekarang Charlie Puth dengan Justin Bieber. Ofkos la sebab suara dorang sedappppp and lagu dorang besttttt.


10. Bahagia dengan kehidupan sekarang?

Alhamdulillah bahagia :) Cukup lah dengan apa yang ada sekarang. Ada kawan yang baik baik. Ekonomi okay. Semua okay lah. "Kalau kita belajar untuk redha, Allah akan ajar kita untuk rasa bahagia." 


11. Lagu yang awak dengar untuk hilangkan kesedihan?

Lagu Nasyid. Tak kisah nasyid apa pun.


12. Makanan kegemaran?

Saya suka makan Pizza, McD, KFC dan sewaktu dengannya.


13. Suka tengok wayang tak and apa nama cerita yang awak tengok kat wayang?

Suka sangat err seriously. Erm yang ingat la kan, Ombak Rindu, Satu Malam Kubur Berasap, Hunger Game, Maze Runner 1, Maze Runner 2, Big Hero 6 tengok dua kali, Interstellar, Munafik, Taken 3, Friend Request, Annabelle, Police Story 3, Bohsia 2, Suamiku Encik Perfect 10, Polis Evo, Dilwale, BatmanVSuperman, The Fifth Wave, Antman, Deadpool. Emm tu ja yang ingat.


14. Gemuk ke kurus?

Sedang sedang.


15. Pencinta kucing or takut kucing?

Obses kucing. Hahahah. Suka sangat hokkay. Someone tolong bawak saya pergi cat cafe kat JB tu plsssss. And saya nak culik sekor.




16. Jenis orang yang kamu tak suka.

Yang suka buat orang tunggu dia. Tak reti cakap baik baik. Tak reti mintak maaf. Kuat perasan hahah. Kedekut. 



bersambung..











COLDEST | HOTTEST