DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Instinct
18 April 2016 | 10:56 PM | 0 comments




Aku bosaaan. Alang alang kat kafe ni wifi laju kaan. So i nak udate blog. Instinct? Or Naluri Hati. Aku perasan la kaan, instinct aku memang kuat semacam. Selalu benda aku dah rasa walaupun takda bukti, walaupun tak pasti. Benda tu mesti betul. Benda tu selalu nya jadi. And sebab benda ni aku takut dengan diri sendiri. Dia macam bagi aku warning untuk benda yang aku kena hadapi nanti. Tapi bukan semua benda, bab milih jodoh aku fail je. Hahahaha. Instinct untuk benda benda yang bahaya atau boleh kecewakan aku. Macam tadi kat kuliah, lecturer nak tanya soalan. Dua orang ja dia cakap. Tapi aku gelabah semacam. Penuh buku aku conteng sebab nak jawab tapi kawan sebelah aku rilek ja macam takda apa. Selalunya aku pun rilek. Tengok, betul nama aku dia panggil. Huuhh nasib dah prepare. Dia tanya benda apa aku beli dua tiga hari lepas and reflect dengan sendiri. Soalan senang tapi gabra sebab dalam kuliah en. Dalam buku aku tulis macam macam tapi aku jawab je lah aku beli shawl bubble. Dia warna hitam. Aku cakap aku suka warna hitam. Pastu dia tanya apa kelebihan shawl tu. Aku cakap dia tak kena iron. Hahahah pfffttt. Kan kantoi pemalas disitu. Tapi dia tak kata la aku malas. Dia kata, "ohh you mesti jenis simple kan. Betul tak?' Aku cakap la entah hehe. Pastu dia cakap kat budak lelaki, ni boleh la buat calon isteri. Dia simple orangnyaa. Pfffftttt. Malu akuu. Dia taktau betapa complicated nya aku ni hahahaha.

Tapi, insticnt aku selalu buat aku stress, overthinking and at last bila benda tu betul. Bayangkan betapa frust nya aku :') Insticnt aku betul sebab aku jenis suka menyiasat. Takdanya instinct aku tanpa sebab. Kawan kawan aku panggil aku pakar stalk orang >< hahahaha. Sebab bagi ja sapa sapa, aku boleh jumpa. Hahaha kbai. Tapi jangan risau, saya tak stalk anda k. Aku pernah la hack account orang bukan sebab aku ni hacker. Tapi aku teka password pakai naluri hati. Hahahaha maafkan saya. 

Betul lah apa orang kata, wanita ni dijadikan oleh Allah dengan seribu satu misteri. Especially, naluri seorang isteri. Dia boleh detect lelaki dia buat apa kat luar. Lelaki dia cakap betul ke tipu ke. Aku rasa aku pun boleh detect orang cakap betul ke tipu. Tapi kalau orang tu tipu, aku suka buat buat percaya ja. So, jangan rasa diri dah cukup hebat nak rahsiakan sesuatu dari makhluk yang bernama wanita. Hohoho.

Tapi kita tak boleh la 100% percaya pada instinct, mungkin kadang kadang yaa, Allah nak tolong kita. Kadang kadang boleh jadi tu bisikan syaitan nak meresahkan kita. Chill bbye.





COLDEST | HOTTEST