DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Hati
15 April 2016 | 3:30 AM | 0 comments



Kenapa manusia bila gaduh atau marah mereka akan tinggikan suara dan menjerit jerit? Sedangkan orang yang dimarah tu cuma ada dekat je dengan dia? Kalau marah pelan pelan pun dia boleh dengar kan.

Sebabnya.. bila dua orang sedang marah, jasad mereka ja yang dekat tapi hati mereka saling berjauhan. Jadi mereka akan jerit untuk puaskan rasa jauh di hati tu.

Tapi.. kenapa ada ja orang yang bergaduh tapi dia tak jerit jerit?
Itu maknanya mereka saling mencintai. Walaupun mereka marah, hati mereka tetap dekat antara satu sama lain :)

Jika mereka semakin lagi saling mencintai, mereka tidak lagi bicara. Hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Cukup hanya dengan saling memandang :)


"Ingatlah, jika berlaku pertengkaran antara kita dan keluarga, rakan atau orang yang disayangi, jangan biar hati kita berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang buatkan hati kian menjauh. Kerana jika dibiarkan, jarak itu akan sukar untuk didekatkan kembali :) Jadi, SABAR. Marah tu sekejaaaaap ja. Kita diam dan kita takkan sesekali menyesal di kemudian hari walaupun kadang-kadang kita rasa orang tu layak dimarahi."








COLDEST | HOTTEST