DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Ibu Ayah
18 March 2016 | 2:16 AM | 0 comments


Rindu rumah
Rindu Ibu. Rindu Ayah. 
Ibu yang dulunya garang, sekarang dah macam bestfriend
Boleh cerita pasal boyfriend, boleh gossip gossip
Tengok cerita Korea sama sama
Cakap harini teringin nak makan spagetti
Esok spagetti siap
Teringin nak makan karipap
Petang tu jugak ibu buat karipap
Ayah yang selalu manja kan anak perempuan dia sorang ni
Cakap je nak makan apa nak minum apa
Ayah buatkan
Cakap ja nak pergi mana
Ayah hantar
Sanggup buat apa saja yang aku mintak
Tak penah cakap 'takmau' 'tak boleh'
Pernah kecik dulu aku malas bangun sahur
Masa tu aku darjah satu
Pastu ibu marah sebab aku takmau makan
Aku duduk diam atas kerusi pastu nangis
Tah pape
Aku nangis teruk tapi pagi tu ayah tengah kalut nak pergi kerja
Pastu ayah pergi kerja dalam 10 minit ayah balik
Mungkin ayah pergi lapor diri dulu
Bila ayah balik
Aku tengah nangis lagi
Teresak esak pulak tu
Pastu ayah bancuh Milo suruh aku tidur
And pergi kerja balik
Aku ingat sangat pasal kejadian tu
Aku rasa sweet gila
I love them very much
Thankyou Allah
Tapi aku bukan anak yang baik
:'(
Bersyukur dapat ibu ayah yang baik and penyayang
Tak pernah mengeluh layan kerenah anak dia
Yang kuat merajuk
Kuat mengamuk
Banyak songeh
Demand
Aku banyak dosa dengan dorang :(
Tapi aku malu la nak sweet sweet
Nak mintak maaf kalau buat salah pun malu

"Ayah ibu ebah mintak maaf"
Hanya mampu cakap dalam hati ja
Tapi ada seseorang pernah bagitau aku
Kalau kita ada buat salah dengan mak ayah kita
Tapi kita malu nak mintak maaf
Kita renung mata dorang
And cakap dalam hati
"Ibu, akak mintak maaf."
Macam tu jugak dengan ayah kita
InshaaAllah akan terus sampai ke hati dorang
Acewah
Aku tak boleh bayang hidup aku tanpa dorang
Sampai satu tahap aku harap aku yang pergi dulu
Supaya aku tak rasa sakitnya rasa kehilangan
Orang yang paling penting dalam hidup ni
Hargai selagi kita masih ada masa
Jangan pernah lupa doakan ibu dan ayah kita
Balas jasa mereka
Walaupun kita takkan pernah mampu nak balas
And last one
Jangan sekali hancur kan hati ibu ayah kita

Terima kasih ibu ayah :)
Rinduuu. 




COLDEST | HOTTEST