DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Langkawi Day 3
10 September 2015 | 12:15 AM | 0 comments
Sambungan cerita percutian ke Langkawi 3 hari 2 malam bersama rakan rakan tersayang..

Hari last semua macam malas malas, bangun tidur pun lewat. Sebab rasa berat sangat nak tinggalkan Langkawi ni. Hmm. Dalam pukul 10 lebih baru kitorang check out chalet, bawak turun barang ape sume dan menuju ke Haji Ismail Group for shopppingggg. I ni dah la gilaa chocolate, aku borong banyak la jugakk. Kisses 3 paket, Kinder Bueno sekotak, Ritter Sport 3 paket, biskut chocolate Nutella satu, Kit Kat mini, chocolate chips, and Baim belanja I Tiramisu Beryls and Ferrero Rocher. Wuuwww. Huhu. Paling sedap la en, chocs Ritter Sport. Sape tak penah beli kena try. Chocolate dia petak kecik je. Aku sekali hadap je benda tu. Muahahahah.


Lepas shopping memang duit aku yg dalam purse tinggal cukup cukup je untuk tambang and makan tengah hari. Hohoho. Habis beli coklat, dalam pukul 12 lebih kitorang pegi cari kedai makan. Masa tu hujan. Feeling betul. Dah la nak pisah dah. So weolls decide makan dekat tempat yg femes dengan makanan 'Laksa Ikan Sekoq' tu. Tepi airport. Makan sambil tengok flight terbang. Hujan renyai renyai. Masa tu kan aku tengah kena allergy lepas makan laksam so takut la nak makan laksa. Sedih nyaa lah. Aku suka laksa cuma aku takut bibir aku jadi lagi teruk. Cari penyakit lak so aku makan Char Kuey Teow and cendol pulut. Char Kuey Teow dia pun sedappppp gilo.

Habis makan kitorang pegi pusing pusing. Ada yg nak pegi cable car lagi sekali. Haha tapi masa tak cukup laa. So pergi tempat ni nama Harbour Park. Tempat dia cantik, air dia cantik, ada bot banyak banyak, ada watch tour. Kalau korang pegi Langkawi, korang akan berminat la tengok tempat dia. Lawa. So ingat nak buat kenangan sikit kat situ. So weolls photoshoot kalah retis haa. Drama gila. Tapi sebelum tu singgah solat Zohor dekat Petronas dia. Petronas dia pun cantik sangat. Macam masjid.




Haa cantik en cantik en. Hehe. Habis photoshoot gerak ke jeti :( huhu. Sebelum beli tiket balik pegi Dataran Lang dulu untuk photoshoot lagi. Haha hari last ni semangat lebih lakk nak bergambar. Tapi gambar kat Lang tu memang wajib la kan kalau datang Langkawi.


Berakhir nya photoshoot ni maka berakhir lah vacation kitorang :) hahaha. Lepastu pegi jeti, turunkan beg semua, beli tiket balik pukul 5 petang. Solat Asar dekat jeti. Yg orang Kedah beli tiket feri Kuala Kedah and orang jauh beli tiket Kuala Perlis. Wan tinggal je kat jeti tu haha. Pandai pandai la balik. Kereta sewa letak situ je. Nanti tuan dia datang ambik. Pastu salam peluk cium Wan, byebye semorang. Masuk feri masing masing. Semua pulang dengan muka bahagia jaa. 2 jam dalam feri pun tak rasa.

Best pegi jalan jalan ni dengan kawan kawan. Tambah tambah bila memang dah rapat sangat and dapat kawan yg gila gila macam Hamim Nasrul and Wan. Pemurah macam Anas and Baim. Penyayang macam Dila Sempoi and mudah terhibur macam aku hahaha. Yang penting kena pandai jaga diri, jaga batas, jaga solat jaga semua. Jaga kawan kawan kita. Kalau ada yg sakit ke, pukul 3 pagi pun bawak je pegi hospital. And akhirnya ic tertinggal (thats me).

Pastu mesti ada ja yang kata kitorang keluar couple couple ke ape en. No no no. Weolls semua kawan baik. And takde sape pun yang saling mencintai ke apa dalam vacay ni. Semuanya kawan :) kalau nak vacay ramai ramai, bila takde pasangan couple lagii best. Sebab takdela yg bekepit berdua ja tak layan orang lain kan. Nak sweet pun dengan kawan kawan je. Sweet ramai ramai

Bila dah satu vacay menjadi dengan lancarnya, inshaAllah vacay seterusnya menanti. Haha. Gambang Waterpark and Safari sedang dalam perancangan.

Kay dah habis kisah Langkawi.
Assalamualaikum.

"Ku tinggalkan Cinta di Langkawi."



COLDEST | HOTTEST