DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Degree Life • Jerebu • Rindu
15 September 2015 | 11:09 AM | 0 comments

Hari Selasa 15 September cuti sebab jerebu dekat Nilai dah mencapai tahap bacaan 200. Alhamdulillah. Aku pun takut nak gi kelas dengan keadaan macam ni. Sekarang tengah mereputs dalam bilik tunggu roti canai sampai. Lapaqqq. Roti canai kk1 sedap oh cuma kecik sikit. Kuah dia sedapp. Aku tengah duduk dekat depan pintu bilik sebab sini line dia laju. Padahal katil aku tepi pintu ni ja. Duduk atas katil, tutup pintu terus hilang line. Haha takpalah. Janji laju. Youtube takde buffering uolls. Kbai

Semalam masuk kelas introduction to business, best lah lecturer tu. Kelas dia dua jam aku rasa macam sejam je sebab dia cakap tu semangat and banyak bagi nasihat baik baik. Walaupun masa tu perut tengah cramp terok. Sakit dia hanya tuhan yg tahu. Malas nak balik sebab aku tak suka la attendance aku kosong and malas nak gi klinik ambek mc bagai. Kalau aku boleh gi klinik, baik aku dok bilik kuliah ja. Sama ja kena tahan sakit gak en. Klinik bukan dekat. 

Lecturer aku nama Puan Fuadah, dia bagi assigntment group siap siap pasal industrial visit and buat report pasal lawatan tu. Satu group 5 orang. Dia kata "Kalau korang ada ahli group yang tak buat kerja, sleeping partner je, korang rasa apa? Marah? Sakit hati?" Pastu ada la yg jawabb "marahhh..." "sakit hati.." Aku diam ja sebab aku tak kisah sangat ada sleeping partner yg penting bukan aku yg jadi macamtu. Pastu Puan Fuadah cakap, "Saya dulu dekat Universiti saya ada banyak sangat sleeping partner dalam group saya tapi saya tak kisah pun. Sikit pun saya tak sakit hati. Memang ramai suka nak group dengan saya sebab confirm boleh dapat A, saya jenis bersungguh buat kerja. Tapi sekarang saya sorang je yg boleh sambung phd, yg sleeping partner tu semua tak lepas. Maknanya sape yg buat kerja, dialah dapat ilmunyaa. So tak payah nak sakit hati ape semua. Buat je dengan ikhlas dengan niat nak dapat ilmu dari setiap kerja yang kita buat."

Pastu ada lagi Puan Fuadah bagi nasihat, lepas dia bagi assigntment semua dia tanya "Susah ke senang?" Ada jawab susah, ada jawab senang. Dia kata "Senang jee cuma kena usaha lebih sikit. Kalau rasa susah kita ingat dunia ni bukan tempat manusia bersenang lenang. Dunia ni bukan tempat asal kita. Tempat asal kita di mana? Di Syurga :) Kita cuma singgah sebentar je kat dunia ni untuk kumpul segala kebaikan yang ada dan satu hari nanti kita akan pulang ke Syurga dan berehat di sana. Ameen."



Rindu. Dua tiga hari ini aku rindu. Mohon yg dirindui baca post ni. Imysm

COLDEST | HOTTEST