DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Degree (Islamic Banking and Finance with Honours)
08 September 2015 | 1:45 AM | 0 comments

"Bercerita tentang kisah lama
Adalah usaha
Untuk menghilangkan rindu diri sendiri
Kepada semalam."

Bila aku rindu kann, aku akan share cerita yg aku rindu tu dekat bestfriend² aku. Aku tau dorang dah hafal semua cerita aku. Tapi dorang layankan aje. Ahaks. They know me well. Antara kitorang empat, aku je yg macam tu rasanya. Wan, kadang kadang je dia nak throwback. Tapi selalu nya not the same story la. Wahida malu sikit nak cerita kenangan kenangan dia. Dia lebih suka bercerita dengan diri sendiri. Dila pulak lebih suka memendam. Aku tak, aku suka sangat sangat sangat bercerita. Aku rindu ja aku cerita. Pastu rindu lagi cerita lagi. Hohoho. Tapi tu ja usaha aku nak lepas rindu aku.

"Andai rindu itu sentiasa ada kesudahan
Pasti saja aku manusia
Yang takkan kesunyian."

K cerita Langkawi day 3 tak update lagi. Haha biarlah. Tahun depan je aku update. Ekekeke. Aku tengah eksaited masuk degree ni. Tadi pagi kelas first. Semangat jeh. Tidur lambat pun tak mengantuk. Kalau hari hari cenggitu dekan aku. Hahahahaa. Eksaited sebab first time jee. Sebab budak kelas baru, kuliah baru, baju baru (huhu), beg baru (err). Okay dah dah. Kelas degree tak macam asasi. Ada satu kuliah je and cuma ada 45 orang camtu. Ada dua tutor. Aku tutor satu and nyaris nyaris nak masuk tutor dua. Nama aku last kot untuk tutor satu. Hahaha. Alhamdulillah. Aku nak kelas dengan Dila! Dapat jugak yess! 

Degree ni lagi banyak kena beranikan diri cakap kat depan sebab lagi banyak assigntment yg mencabar. Fuhh. Tapi kalau takat dalam kuliah 45 orang tu okay kott. Baru ni ada exam IKLA (test arab), sapa lepas 80% takyah ambik arab untuk tahun 1 tapi hemm memang tak laa. Dengan otak berkarat tak ingat pape --' dukacitanya aku dapat gak kursus arab satu tu. All my girls pun dapat. Jadual pack. Tak seperti yg dijangka. Takpa takpa. Belajar kann. Bangunan FEM lawa. Pusing pusing jumpa muka tu jugak walaupun lain course. Terserempak jugak cemana pun. Makan pun boleh sekali bila time rehat. Kafe dia makanan sedap and harga standard. Tak mahal tak murah. 

Dah berapa hari eh duduk sini. Ermmmmm 234567, ok 6 hari. Orientasi 3 hari. Esok first class malam tu nak pergi la makan kan. Lapaqq. Kafe kolej kediaman memang tak sedap. Ingat nak pegi papa tomyam jeeh, sekali dibawak ke Sri Petaling sebab semua nak Chicken Chop time tu. So abg driver kitorang bawak gi sana. Katanya sedap. Kitorang pergi berempat je. Wahida tak ikut. Aku bajet kedai western hipster ke apa la kan. Rupanya kedai dia just tepi tepi jalan macam warung tapi tapi tapi Chicken Chopp diaa lagiiiii sedap dari kedai yg cantik cantik tu haa --' Tak cukup sepinggan. Kalau nak rasa boleh la gi cari area Bukit Jalil. Masuk jalan kompleks ape tah. Haa area situ je. Aku makan set chicken chop berkuah mushroom dengan teh ais, RM 10.50. Harga okay. Yg paling penting sedapp. Sebab kan tempat tu jauh, masuk kolej kediaman lewat sikit. Nasib baik boleh masuk jugak. Fuhh. 

Malam kedua baru dapat makan dekat Papa Tomyam. Yum yumm. Craving lama dah Mee Goreng Pattaya dia. Kedai tu semua makanan tak mengecewakan. Pegi la try. Dekat Nilai Impian je. Haha tu la kedai yg aku ulang alik naik motor gi makan dengan Wan masa stay KKNC dulu. Makanan dia banyakkk. Nak gemuk boleh lah makan selalu. Kedai abe Kelate. 

Ok dah lah tu. Habis dah. Esok kelas. Okbai.


"Walau besar mana pun ujian, masalah,
Hidup perlu diteruskan.
Jangan kau berpaling ke belakang
Terus langkah ke hadapan
Jangan stuck pada perkara yg menyakitkan
Jika kau jalan lebih jauh, 
Kenal lagi ramai kawan, 
Ketahui kebahagiaan tu dimana mana :)
Yang penting put Allah first.
Jaga hati. Jaga mata. Jaga aurat. Jaga batas.
Jaga pergaulan lelaki perempuan.
Duduk jarak jarak.
Tak perlu pun rapat rapat.
Belajar rajin rajin bagi dapat dekan.
Bahagiakan ibu ayah.
Tak perlu peduli orang nak judge ape,
Yang penting kita tahu kita siapa.
Allah tahu..
Move on. Be better."

"Appreciate those who Love you. Help those who Need you. Forgive those who Hurt you. And Forget those who Leave you."


Assalamualaikum.

COLDEST | HOTTEST