DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Langkawi Day 1
22 August 2015 | 12:09 PM | 0 comments
Assalamualaikum readers.
Sebelum cite vacay ni dah basi, sebelum aku malas nak hupdate, sebelum data habis, baik kite cite sekarang huhu.

Kitorang plan nak pegi vacation ni dari sebelum exam final. Pastu betul betul plan dalam bulan 6 macam tu. Okay. Pada tarikh 17/8 aku naik bas pukul 2.00 dari Baling ke Alor Setar and my friend Adila Azlan ambik aku dekat Shahab Perdana bawak pegi rumah dia. So malam tu aku tidur situ. Petang tu umi dila jamu aku makan laksam. Sumpah siress laksam dia sedap gilo. Malam tu aku dengan dila hentam lagi dua pinggan sambil tengok tv. Hohoho. Malam tu jugak bibir aku rasa macam gatal gatal, merah merah. Aku buat taktahu la. Ingatkan sekejap je -.-


Esok pagi 18/8 umi dila hantar kitorang pegi Kuala Perlis. Sebelum tu kitorang gi ambik Anas Ku Soffi dengan Ibrahim Wan Ramli dekat station bus Shahab. Anas mak dia hantar, Baim baru sampai dari Terengganu. So kitorang berempat dalam kereta menuju ke Kuala Perlis. Sampai sana tengok ada budak busuk tu dah sampai hahahaa Hamim Musa. So selfie dulu


Kitorang naik ferry pukul 8.15. Ingatkan nak tunggu Nasrullah Ubaidillah sampai dulu tapi bas dia lambat nak mampus. Dia naik bas dari Pahang pukul 9.30 malam. So tak sempat tunggu kesian dia naik sorang pukul 10 lebih cemtu. Sampai sana jumpa Wan Amirah yang dirindui :) Happy la bila nampak muka dia sebab rindu kan. And dia act tak tau yang hamim nak join hahahahahha. So its a suprise for her. Sebelum Nasrul sampai kitorang pegi makan roti canai dulu naik our kereta sewa. Avanza Putih yang banyak berjasa and tak makan banyak minyak. Rege dia for 3 hari 2 malam RM240, Baim nak bayar RM100 yg lain kitorang bahagi. Wan yg drive pegi mamak. Newbie lagi kan so tak bertauliah sangat lah hahaa.


Lepas habis makan Nasrul cakap dah sampai, pegi lah ambik semula dekat jetty ambik dia. Dia lah driver yg bertauliah sikit sepanjang vacation ni. Paling aku rasa save bila dalam kereta. Driver lain seme hampeh hahha. Lepastu straight ke rumah Wan ambik barang dia ape sume baru check in dekat Corrie Chalet yg betul betul tepi Pantai Cenang :) cantikkk sangat sangat kat situ. Bilik kitorang sebelah sebelah tingkat atas. Satu bilik untuk 4 orang tapi weolls gigirls tidur 3 orang je. Satu bilik RM240 untuk 3 hari 2 malam, hamim bayar bilik girls, bilik boys bahagi-2 sesame dorang. Huhu thnks!

Lepas dah masuk bilik, solat Zohor, terus turun bertolak ke UnderWaterWorld. Tiket dia RM30 sorang tapi puas hati lah. Jumpa ikan pelik pelik, ikan besar besar, dan yg paling best Pinguin! Comel sangat tau takkkk. Hahaha. Lepas dah pusing pusing sambil menghayati ciptaan Allah yang indah, kitorang keluar nak cari kedai makan. Masa tu pukul 3.00 and semorang belum lunch. Aku pulak sikit pun tak lapar. Sampai kedai makan, boys sume makan nasi campur and girls semua tak lapar so minum air kosong je. *tak lapar sebab terlalu eksaited*


Dah habis makan kitorang balik bilik mandi solat Asar, diorang ajak pegi Waterfall Telaga Tujuh. Bertolak pukul 5.20 and sampai pukul 6.00. Haha ni sume sebab girls lambat siap. Tapi tak peduli pukul 6 pun nak mandi gak. Kitorang panjat lah sampai telaga ke 3. Situ pun dah semput tau takk. Dengan panjat bukit dia yang gila curammm. Dekat telaga ke 3 tu dah ada waterfall. Cantik. Bersih. So kitorang mandi lah sepuas puasnya sebelum hari gelap sebab nak turun balik tu jauh. Pukul 7.00 semua dah siap untuk turun, then salin baju pastu suruh mat salleh tangkapkan gambar :)


Sampai bilik terus mandi solat and siap comel comel nak pergi makan. Next location GM Burger, aku, wan, nasrul, baim makan Oblong Daging. Dila makan char kuey teow, Anas makan nasik goreng ayam and Hamim makan Chicken Grill ape tah. Habis makan rilek rilek tengok Anas kate dia dah bayar semua :) hihi Alhamdulillah. Thnks Anas! Lepas makan katenye nak pegi duduk tepi pantai. So kitorang pegi pantai cenang je yang dekat dengan chalet kitorang. Jalan jalan ambil angin and nampak ada orang buat persembahan api. Tengok la kejap.

Lepas dah puas jenjalan balik semula ke bilik untuk tidur :)






COLDEST | HOTTEST