DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Langkawi Day 2 bahagian satu
27 August 2015 | 4:08 AM | 0 comments
Okay hari Kedua. Haha selang beberapa hari baru ada mood nak hupdate en. Hari kedua tu lepas solat Subuh semua tidur balik. Sebab malam tu ada yg tidur pukul 4.00 sebab kengkonon nak pegi hospital sakit bibir pastu tak jadi and lepak mamak makan roti nan, beli ketul ais letak kat bibir yang gila gatal. Tapi tak bengkak. Nampak macam normal lips. Tapi aku lah rasa gatal tu. Pedih! 

Dalam pukul 9.00 aa girls bangun siap mandi hape semua tengok bebudak lelaki dah dalam air laut depan chalet. Hahaha. So girls yang lapar ni ambik kunci kete pegi cari bekfes la kan. So Wan ajak pegi bread story yang dekat dekat situ je nak beli roti. Lepak jap sampai dorang call kata dah siap. Pastu balik laa chalet, Nasrul drive ke destinasi seterusnya yang ditunggu tunggu, SKY CAB. 

Ok sky cab. First time aku pegi. Sini tempat wajib datang lah kalau kat Langkawi. Rm20 sahaja untuk cable car. Dia ada banyak pakej. Ada campur dengan muzium 3D and movie 6D and macam macam lagi tapi kitorang ambik yang cable car je. Aku tak sangka la pulak cable car dia nahaii tinggi giloo. Aku ni dah la gayat --' Sebelum naik tu, kene tengok sky dome dulu. Sky dome ni kita tengok screen yg tunjuk gambar perjalanan roller coaster. Kerusi dia tak gerak pun tapi en kalau layan and fokus betul betul uish rasa laa macam betul betul naik roller coaster. Lepas habis tu baru naik cable car. Weolls kan tujuh orang so takboleh nak plan naik sekali. So naik asing girls and boys. Yang kitorang naik sekali dengan pasangan mat salleh. Seriuss krik krik gilaa. Nak selfie pun malu tapi selfie jugak wkwkwk.

Tinggi sangat bagi akuu. Aku macam ahh bila nak sampai nii dah cuakk hmm. Muka kerut kerut. Pastu sampai dekat station pertama ni. Takda apa pun. Cuma macam pemandangan gitu. Pastu kena queue balik pegi next station. Patutnya takya turun takpe. Takda apa pun situ so takya queue pepanjang lagi sekali. Next station ni pun ada tempat macam yang awal tadi untuk ambik ambik gambar. So weolls mintak auntie german tolong ambikkan. Dia memang spoting habis and ambik banyak gila gambar tapi satu ni ja yg lawa hahahha


Lepastu semua nak pergi SKY BRIDGE. Aku penah dengar sky bridge ni ada kat Melaka yg atas bangunan tinggi and ada lantai kaca kaca tu. Tapi yang ni serious lagi puas hati walaupun susah sikit nak sampai. Nak sampai situ kena lalu macam jungle trekking aa. Tapi boleh laaa. Takde la teruk sangat. Cuma bila yg jarang exercise tu penat sikit la kan haha. Jalan dia pun bahaya gak. Memang penat lah peluh peluh semua. Tapi bila sampai tu rasa kepuasan yang sangat sangat lah. Cantikkk wehh cantikk. Dia satu jambatan panjangg kat atas hutan hutan rimba. Sejuk macam aircond and ada kabus kabus. Walaupun matahari terik pun kita akan rasa sejuk je. Best. Aku mula takut nak jalan atas kaca tu sebab gayat en. Tapi nak try. Dengan kaki yang dah goyang goyang aku pijak jugak. Fuhh boleh tahan gak en gayat gayat pun. Tapi tak berani nak pijak lama lama walaupun tahu takkan jatuh. Haha. Pastu kitorang tangkap gambar kaki atas kaca tu haa. Haa tengok 7 orang pijak pun tak jatuh laa. Aish deebaaa





Lepas dah puas hati tengok pemandangan. Selfie apa semua. Lepak lepak duduk situu. Sayang weh nak tinggal plus malas nak berjungle trekking wakakaka. Ada la 30 - 40 minit kat situ en. Kitorang gerak semula naik atas. Serious aa balik lagi penat haha. Sebab panjat en. Lemah lutut. Dah sampai tu terus beli mineral sebotol habis kan kat situ jugak haa. Pastu naik cable car balik untuk turun. Kebetulan cable car yang boys naik takde sape tumpang and weolls tiga orang pun takde orang lain join. Bapak ah best. Selfie kemain laaa. Haha siap buat video ape sume. Nak turun rase sekejap pulak and tak gayat pun. Huh. 


Sampai bawah pusing pusing tengok tengok kedai. Tak beli ape pun. Pastu pergi kat kereta terus balik chalet untuk solat apa semua. Ada lah dua jam spend time dekat sky cab. 

Aku rasa post aku macam dah terlebih panjang yelah kan aku kalau cerita nak cerita semua benda haha. Nak yang ringkas boleh baca dekat hamimibnumasa.wordpress.com.my. Rasanya hari kedua ni kena buat dua bahagian sebab terlalu panjang and aku pun dah mengantuk. Dah pukul 4.00 pagi ni. Huhu ok bersambung ...

COLDEST | HOTTEST