DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Resign
13 June 2015 | 3:24 AM | 0 comments

Hai. Assalamualaikum.
Harini rasanya nak update blog lagi. Selagi tak habis data phone inshaaAllah aku update hari hari. Haha sebab mulai esok dah tak jadi wanita bekerjaya lagi. Act, aku sedih jugak nak berhenti kerja ni hmm. First, sebab dah takda duit lepasni. Tapi sungguh aku malas yang amat sangat nak kerja masa bulan puasa. Kerja situ pulak 10.00 malam baru balik. Kalau boleh aku nak laa bukak puasa kat rumah sepanjang bulan Ramadhan sebab mungkin tahun ni je dapat rasa macam ni. Lepas ni sambung degree dah tak bolehh. Paling kurang, sempat bukak puasa sekali 2 3 hari. Tapi tulahh, berbelah bagi la jugak. Akhirnya, berhenti jugak. 

Best je kerja situu. Bukan kerja berat pun. Just duduk, tunggu customer datang. Customer masuk, bangun and tanya nak apa, pastu tekan mesin duit, bagi balance and duduk balik. Customer maximum sehari tuu 30 orang je. Sebab kedai product en, kita sendiri pun jarang masuk kedai macam tu. Tapi masa bekerja tu lama. Aku biasalah kejap nak keluar dengan kawan, stay up late, kat tempat kerja mengantuk --' hm. Takpa lah, dapat gak merasa kerja sebulan lebih. Dapat pengalaman baru. Hidup ni kena banyakk pengalaman baru lah kita lebih matang dan dapat handle ujian yang bakal kita hadapi lepasni. Pahala pun dapat bila bekerja. Sebab kita membantu memudahkan urusan orang lain :) dan yang penting ikhlas. 

Antara benda yang aku dapat sepanjang bekerja kat situ, aku belajar kelebihan ubat ubatan tradisional, jamu, makanan sunnah dan skincare apa yg berkesan hahah. Pastu belajar macam mana nak berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Dapat tengok banyak jenis ragam manusia and dapat ajar diri jadi lebih penyabar. 


Bukan gambar hiasan, ni lah tempat kerja aku.

Tapi sekarang dah menganggur balik. So aku sedang memikirkan apa laa yg aku nak buat bulan puasa ni. Haih. Belajar masak? Erm. Tak bestnyaaa. Takpa la, nanti pikir lain. Haha k now 3.20 am. Goodnight everyone. Sleep tight.



#13June #HamimTurns19 #HappyBirthday


COLDEST | HOTTEST