DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Pengalaman mematangkan kita #Part 1
12 June 2015 | 3:19 AM | 0 comments
Sepanjang aku dekat Usim ni, banyakkkkkkk sangat sangat pengalaman aku dapat. Banyak sangat. Kalau boleh aku nak type semuaa tapi aku rasa aku tak boleh nak ingat semua. Haha okay aku hightlight kan yg best best je la kan :)

#Meniaga



Seumur hidup aku, hari Entrepreneurship Day tu lah pertama kali aku meniaga. Haaa. Mula mula tu aku takut sangat, sebab aku ni jenis kekok tau buat kerja. So aku takut sangat kalau aku tak bagi komitmen sepenuhnya untuk ahli group aku. Em bila tiba hari kejadian, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku ada part aku sendiri yaitu menyusun pisang dalam polisterin, letak susu dan sagat cheese. Eh lupa pulak nak cakap yg kitorang jual 'Pisang Goreng Cheese', cocktail and air hijau twister namanya. Air Hijau and cocktail aku buat dengan Wan. Wan jadi penjual dekat depan, kalau aku takde kerja kat belakang, aku pergi la teman dia. Aku tak boleh duduk depan jual macam Wan tu kalau sorang sebab aku malu. Hehe. Para lelaki kami lah yang bertungkus lumus goreng pisang dekat belakang, bancuh tepung, bawak barang dari kknc ke Usim and many more. Dorang memang rajin rajin. Thanks ye semua, Baim, Amar, dan Anas selaku CEO kita yang pemurah dan rajin. Semoga murah rezeki semuanya dan berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabb :)

#Buat Filem and Berlakon

Haa yang ni sumpah best. Hahaha dah macam retis I rase uolls. Sem 2 ni kitorang banyak kerja kena berlakon and buat video. Okay benda pertama kena berlakon, roleplay, haha masa ni first time so malu malu lagi. Watak aku jadi mak kepada seorang budak sekolah iaitu Wan. K next, tamsiliyah, berlakon in Arabic. Haha alhamdulillah aku dapat group dengan ahli yang sangat sporting habess, Intan, Azie, Amar and Baim. Baim and Amar ni sokmo  group dengan aku. Haha kalau perasan dorang la ahli group bisnes iolls. K tamsil kitorang berlakon pasal keluarga. Cerita dia pasal dua keluarga yg lain digabungkan menjadi satu. Haha so maknanya duda kahwin dengan janda la. Watak aku still mak -- haha and ada anak perempuan sorang, Azie. Suami aku meninggal and aku kahwin dengan Baim yg ada dua anak Intan and Amar. Amar and Intan tak boleh terima aku dengan anak aku dalam family dorang. So aku plan dengan Baim macam mana nak baikkan dorang, bagi hadiah, ambik hati. Dan endingnya, dorang dah boleh terima aku and hidup bahagia selamanya. Hahahaa drama drama drama.

Yang tu berlakon live, tapi bagi aku buat video lagi best uolls. Lagi banyak banyak pengalaman menarik I dapat. Tamsil kena buat dalam video jugak, so kami berlima berancang nak berlakon dekat Melaka! Ke Melaka ni kitorang tak pergi berlima tapi ber sembilan hahaha. Sebabnya kitorang plan nak buat 3 kerja dalam satu masa. So ada 3 group dalam satu kereta termasuk driver. Driver kitorang yg superb tu housemate kesayangan aku, Cik Aya. Kitorang sewa Alza, bertolak pukul 9 pagi. Yang pergi, aku, aya, wan, dila, azie, intan, amar, baim, dan anas. Haha bayangkan betapa sardinnya Alza tu. Yelah asalnya mintak dua kereta, dah sedia lagi sorang driver, Hanis. Tapi suddenly kereta tak sampai. So sumbat lah. Laki 3 orang belakang. 4 perempuan depan. Sorang tepi driver. Tapi biasa biasa ja, boleh ja. Okay destinasi pertama kat Melaka ialah Bee Farm selesaikan assigntment group Bi orang, bukan group aku la. Dorang buat dokumentari kat sana. Aku dan yg lain pusing pusing dalam tu and kerja ulang minum Madu free hoho sedap gilaa. Lepastu kitorang ke Lebah Kelulut tak silap aku namanya sambung Dokumentari and Solat Zohor. Lepastu teruskan perjalanan ke Rumah Atok Anas untuk makan and ambil barang barang untuk bisnes kitorang. Selesai dua kerja. Akhir sekali, Tamsil. Dah alang alang ke Melaka, tajuk Tamsil kitorang Lawatan Ke Melaka lah. Shooting sambil makan angin. Best gila. Kitorang shooting dekat area Dataran Pahlawan and sekelilingnya, AFamosa, tempat beca and semua lah yg ada kat kawasan situ.



And last, Dokumentari group Bi aku pulak, haritu gi teman group orang kat Melaka. Group kitorang lagi dua hari nak present, baru nak shooting. Idea banyak spontan, plan mengejut. Haha tapi Alhamdulillah menjadi. Sebelum tu pekenalkan group Bi kesayangan aku, Jep, Daus, and Wan.

Petang tu jumpa dekat Cafe lepas Asar, kononnya nak bincang skrip la kan untuk video. Nak rakam dekat kknc je. Tetiba Jep cakap, em jom gi ioi City Mall malam ni, rakam kat sana. Haaa. Aku dengan Wan ni tahu la kan. Hantu mall, kaki ronda hahahah. Eksaited nak mati ah. Masa tu dah order makanan untuk makan malam, terus gi cancel sebab nak makan kat Putrajaya aa. Hewhew. Lepas Maghrib Daus dengan Jep tunggu depan dobi dan bergeraklah kitorang ke ioi :) Idea semua on the spot. But semuanya lancar. Aku cadang untuk kitorang buat ala ala rancangan tv gituu. Aku bagi nama rancangan kami 'Walking and Talking'. Dekat ioi tu rupanya sempat buat part aku je. Pastu kitorang gi makan dekat kedai yang agak sedap dekat Putrajaya. Tapii en memang sedap gila, serious. Kitorang makan tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, nasik putih and telur dadar. Perghh. Esok tu pulak kitorang sambung buat video dokumentari dekat Kfc and siap.


Nilah group bi iolls. Serious aku sayang and rinduu kat dorang ni :) Walaupun ada laa gaduh sikit sikit time buat assignment tu hahah tapi kami tetap kawan selamanyaa. Semoga korang berjaya dalam bidang masing masing nanti. Jumpa tepi jalan tegur tegur lah. Thanks untuk semua kenangan. Selalu bawak jalan jalan lepas tension. Kitorang ni kononnnya group bi terbaik dalam kelas. Haha, Daus dapat result listening and speaking tertinggi. Wan dapat result writing and grammar tertinggi. Kami jugak dapat semua markah tertinggi untuk assignment, 97% untuk product kreatif and 98% untuk video dokumentari. Aku banyak sumbang untuk group, individual memang tak laa. Aku lemah bi. Cuma buat product and edit video semua tu tanggungjawab aku. Tapi tak berjaya jugak kalau takde dorang ni. Hee. Product kitorang jugak dapat hadiah untuk Mahasiswa Kreatif dari Usim, RM250.00 :) Kitorang cipta 3D Hologram dengan bermodalkan 0.40 sen. Haha. Alhamdulillah rezeki.



Bersambung.. 

COLDEST | HOTTEST