DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Cara Belajar Untuk Saat Saat Terakhir
23 September 2013 | 1:39 AM | 0 comments


Aiwahh tajuk hangat gituu. Huhu terasa bagai pelajar cemerlang SPM yang baru mendapat 11 A+ pulaa. Its sokay. Jangan pandang pada tuan tulisnya tapi pada pengetahuan nya. Kalau rasa betul, ambil. Tak betul, abai kan. Tips belajar ni aku dapat atas pengalaman sendiri nd majoriti yang pakar motivasi akan bagi kepada anda jika anda menghadiri kem motivasi. Hihi. Disebabkan Spm dan Pmr dah dekatt sangat sangat. Study hard sudah tidak diperlukan dan hanya perlu study SMART. Majoriti remaja saat saat akhir macam ni dorang dah malas nak study coz otak dah tepu nd banyak pulak perkara yang nak difikir. Fikir nak main facebook lah, fikir nak lepak lah, fikir nak gosip lah, fikir pasal crush lah. A lot. Jadi mungkin tips ni berguna kali yaa. Tips nya seperti berikut:

1. Doa
Sebelum belajar kita mesti baca doa dulu. Baca jea doa apa apa pun yang kita tahu. Ini supaya hati kita bersih daripada perkara yg tidak baik dan Allah permudahkan pembelajaran kita. Perkara ini terbukti dengan melihat para ulama atau ustaz ustaz yang penuh dengan ilmu di dada. Ini kerana mereka mengamalkan membaca doa sebelum belajar :)

2. Cukup tidur
Tidur yang cukup tersangat sangat lah penting. Tidur disini bukan bermaksud tidur pada malam hari. Tapi lebih kepada maksud "berehat". Setengah pelajar biasa akan belajar pada siang hari dan tidur yang cukup pada malamnya. Tapi ada juga yang belajar sepenuhnya pada siang hari dan tidur lewat pada malam hari. Ini tak baik untuk pembelajaran harap maklum. Tapi ada pula belajar luar biasa, macam saya *erkk* yg belajar padam tengah malam hingga ke pagi kerana dorang dah tido pada waktu petang. Belajar ni tak kesah anytime pon. Janji kita sudah ada waktu untuk berehat yg cukup dalam sehari tuu. Faham kan? Jadi "tidur" tu penting okee? Belajar bila mengantuk memang tak akan masuk dalam kepala kerana apabila badan letih, otak pon dah tak cerdas.

3. Ada matlamat
Sebelum belajar kita perlu ada matlamat apa yang kita nak pada hari ini. Kita perlu menetapkan subjek subjek mengikut masa belajar dan jangan mencampur adukkan semua pelajaran dalam satu masa kerana ini akan membuat anda serabut. Bila dah serabut, apa pon takbole. Kan? Jadi sebelom belajar decide dulu nak subjek apa oke.

4. Focus subjek lemah
Bila dah kesuntukan masa macam sekarang ni, just focus on subjek yang lemah sehaja. Habiskan waktu yang lebih banyak bersama mereka kerana mereka lebih memerlukan anda. Cewah ayatt. Huhuhh. Tapi jangan tinggalkan teros pula subjek yang sudah cekap. Kang yang dikejar takdapat, yang digendong berciciran. Eh masuk ke? Haha watevah.

5. Jangan ada pengacau
Pengacau? Siapa? Haa ofcos la handphone, tv, lappy dan sewaktu dengannya. Cobalah study tanpa tv dihadapan atau handphone disamping kerana benda benda alah seperti ini lah yang selalu menjadi penghalang tau. Study apa kalau 5 minit baca buku, 5 minit senyum senyum balas mesej -.- So behave.

6. Bersungguh sungguh
Cliche? I tauu tapi nak buat macamana sebab dalam apa pon yang kita buat mestilah bersungguh sungguh. Allah akan bantu kita setelah kita bersungguh sungguh. Percaya lah. Tau kan konsep tawakal? Berserah setelah berusaha dengan BERSUNGGUH SUNGGUH so apa boleh buat. Ikutkan pengalaman aku la kan, kalau hari sebelum exam tu aku bersungguh sungguh, mesti esok tu boleh jawab nd semua yg aku baca masuk walaupun aku just baca sedikit sahaja. Kalau sebelum tu aku malas, memang konfem takbole jawab walaupun banyak yg sudah dibaca. Terbuktikan konsep tawakal tu alallah ni? "Hidup perlu banyak berkorban" :)

7. Bertanya jika ada masalah
Jangan jadi bodoh sombong dalam belajar. Taktahu? Tak jumpa dalam buku rujukan? Tanya lah orang yang tahu. Kita taktahu betapa happy nya cikgu cikgu kat sekolah kalau kita bertanya. Tapi bak kata cikgu addmath ku bertanya kena pakai ilmu ok. Jangan bertanya dengan tangan kosong. Maksud di sini, kita kena kaji dulu perkara yang kita nak tanya tu nd then bila ada yang tak faham, baru pergi tanya. Ok?

8. Buat Latih Tubi
Haa yang ini yang penting ni. Buat latihan sambil membaca. Pasti berhasil. Baca buku saja tapi kita taktahu jenis soalan yg ditanya buat apa. Macam laa hafal formula tapi tak reti guna. Kan? So buat lah latih tubi banyakkk banyak. Siriesly best sangat buat latihan daripada membaca -.- erghh. Antara latihan latihan yg menarik macam Maths, Account, and all objective questions. Ok? Remember, "practices make perfect" !

9. Cari sendiri kat google.

10. Kbai. Harap dapat membantu.

11. Assalamualaikum.

COLDEST | HOTTEST