DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya + Selamat Study :)
02 August 2013 | 11:01 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.
Haa kali ni post 3 in 1 :) Lamaaa tak update. Sebabnya malas + busy + malas + malas + pre trial + study + malas. Okay kesimpulannya aku MALAS :P
Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah kan. Amboihh! Hahah. Alhamdulillah, syukurr sebab malam ni dah masuk 25 Ramadan. Sudah berapa hari kita puasa? Pandai, 24 harii. Lagi berapa hari nak raya? 5 hari lagi? Berapa hari nak Trial Spm. Err taktau taktau ._.
So, dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selama Berpuasa terlebih dahulu. Tak sempat nak buat post masa 1 Ramadan haritu. Semoga Ramadan ini bukanlah Ramadan yang terakhir buat kita semua :') Aminn. Setahun sekali je tau Ramadan datang, iaitu bulan yang paling muliaa lagi berkat ni. Ingat raya jea setahun sekali haa? 
Kenapa orang alim selalu rindukan bulan Ramadan? Dan kenapa orang yang tak kuat iman dan amal ni asyik mengeluh bila tiba Ramadann? Sebab mereka belum cukup menghayati akan kelebihan bulan Ramadan ini. Apa kelebihan bulan Ramadan?


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ  فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)"

  1. Antara kelebihan yang pertama, Allah telah membuka pintu-pintu rahmat dan semua syaitan akan diikat.
  2. Bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi.
  3. Antara doa yang Allah makbulkan ialah doa orang yang berpuasa sehinggalah ia berbuka.
  4. Setiap amalan sunat mendapat ganjaran pahala sama dengan amalan wajib.
  5. Setiap kali sujud kepada Allah, orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat 1700 kebajikan.
  6. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
  7. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.


Subhanallah. 
Banyak kan kelebihan bulan Ramadan? Dan ini cuma sebahagian nya sahaja. Kelebihan ni bukanlah Allah beri kepada kita setiap bulan, tapi HANYA di bulan Ramadan k. Jadi, memang sepatutnya lah kita rindukan bulan Ramadan :)


Okay seterusnyaa, nak ucap Selamat Hari Raya siap-2 lah senang. Sebab lepas ni dah malas nak update kot. Hemm, nak ucap Selamat Hari Raya pada semua yang mengenali diri ini :) Haa senang, pendek jea. Ngeh-2 :3 Jaga diri masa raya ni terutamanya kawan-2 yang nak ambil periksaa. Jaga kesihatan, jangan main mercuns sangat nd jangan lupa baca bukuu. Trial is around the corner. Bawak balik buku sekilo tu jangan tak baca pulak k ! Hee. Mai la raya rumah kalau sudi coz tahun ni Adibah Syakinah raya kat rumah jea. Tak balik kampung pon.


To SPM candidate! 
Jom study sama-2, biarlah kalau sampai tak raya pon tahun ni. Tahun ni jea kann. Berkorban la sikit. Kalau kita sanggup berkorban, InshaAllah Allah akan gantikan dengan kegembiraan yang lebih bermakna :) Aminn. Kalau dapat result elok, kita dapat bahagiakan Mak Ayah kita, cikgu cikgu yang ajar kita, dan dapat masa depan yang cerah. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak. Study subjek yang masih lemah. Maju kehadapan, takkan still nak duduk di takok lama. Rite? 

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Okay, done taip post 3 in 1 ni :) Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya + Selamat Study :D Jumpa lagi.





Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. 
DK 




COLDEST | HOTTEST