DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Penyata Kewangan (PP)
05 May 2013 | 5:23 PM | 0 comments
Assalammualaikum :)
Sekarang I tengah hafal Format Penyata Pendapatan (PP) and Kunci Kira-Kira (KK). Hemm. Sebab apa? Sebab minggu ni I Periksa AKAUN! (Fuuu!) Takot maa. Paper 1 taktau laa nak jawab apa. Haih. Sepatutnya harini hari balik asrama tapi I tak balik sebab esok kan CUTI (dengaq kata). Buat apa balik awal-2, baca buku kat rumah lagi syiok :) K disebabkan I malas nak amek buku and tulis format PP tuu, I nak terang dalam blog. Kepada sapa-2 budak kelas Akaun, bacalah kalau faham :P HEE. K we will start now.

Mula-2 kita tulis Hasil Jualan dekat atas sekali dan gunakan kotak yang hujung sekali, iaitu Jualan tolak Pulangan Jualan dan kita akan dapat Jualan Bersih. Kemudian, Jualan Bersih kena tolak Kos Jualan. Sebelum kita tolak, kita kena selesaikan jalan kira bagi Kos Jualan terlebih dahulu so, Jualan Bersih tu biar jea dia duduk kat atas tu dulu, JANGAN KACAU lagi. Dalam Kos Jualan ni rumit sikit. Mula-mula kita tuliskan Stok Awal dan biarkan dia kat atas. Di bawahnya, kita cari Belian Bersih pulak iaitu Belian tolak Pulangan Belian dan tambah dengan beberapa perkara seperti Angkutan Masuk, Duti Atas Belian, Insurans Atas Belian, Kos Belian dan Kos Barang Sedia Dijual. Bila dah siap kira, tambahkan jumlah tersebut dengan Stok Awal yang dibiarkan sendirian diatas sebentar tadi. TAMBAH! Bila dah tambah, jumlah tersebut akan ditolak dengan .. dengan apa? Dengan Stok Akhir! Bila dah dapat jumlah, jumlah tu lah yang dipanggil Kos Jualan dan siaplah jalan kira bagi Kos Jualan kita :) Kos Jualan ni lah yang akan ditolak dengan Jualan Bersih yang dekat atas tu dan kita pon TOLAK! bila dah tolak, kita akan dapat Untung Kasar kalau jumlahnya Positif. Kalau Negatif pula, ia dinamakan Rugi Kasar. Ada paham? Eh tak habis lagi PP ni. Seterusnya, Untung Kasar kita akan ditambah dengan Hasil-Hasil yang diberi dalam soalan. Contoh Hasil : Komisen Diterima, Dividen Diterima, Hasil Sewa dll. Bila dah dapat jumlah, TOLAK pula dengan Belanja-Belanja yang terdapat dalam soalan juga. Contoh Belanja : Kadar Bayaran, Belanja Susut Nilai, Hutang Lapuk, Belanja Sewa, Komisen Dibayar dll. Bila dah tolak, selesai lah PP kita dan jumlah terakhir tu dinamakan Untung Bersih :) DONE!


Gwiyomi!



COLDEST | HOTTEST