DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Semua orang pernah buat salah.
20 September 2012 | 10:36 PM | 0 comments
Assalamualaikum :)


Tak jawab dose, kalau jawab sayang. Ha ha, tiba-2 rasa nak meng-update belog kesayangan hamba ni. Boring la malam-2 macamni. Homework memang tak akan ku buat, ho-ho-ho. Malam ni hujan lebat gila so memang sejuk gila lah. Aku pon dah nak gila fikir masalah aku. Lepas satu satu. Ada jea yang tak kena. Takpa, mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku just kena kuat dan jangan pernah mengalah. Orang yang tak kuat iman, boleh kena tekanan perasaan tau kalau dia stress sangat, sebab akan ada suara-2 syaitan yang bisik dekat telinga orang yang stress ni untuk buat benda yang tak elok. So banyak-2 lah berdoa supaya Allah permudahkan masalah kita, tenangkan hati kita yang tengah runsing atau kecewa dan beri kita kekuatan. Kadangkala Allah sengaja bagi kita rasa sunyi, sedih atau bagi kita masalah sebab Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud padanya. Dan barulah kita akan menghargai nikmat hidup di dunia ni.


Haa panjang benor intro ceq malamni. Kita kembali kepada tajuk utama. Semua orang pernah buat salah? Kenapa tiba-2 aku update pasal ni? Adalah agendanyaa. Hem yela, semua orang pernah buat salah. Sebab tu pensel ada pemadam, pen ada liquid. Kan? Tapi kat sini bukan aku nak cerita pasal pemadam ke pensil ke atau kesalahan aku sepanjang aku hidup dekat dunia ni. Kalau nak cerita pasal dosa aku, memang takkan post-2 la entry ni jawabnye. Banyaknya dosa aku. Astaghfirullahalazim. Tapi memang tak patut kita ceritakan kesalahan-2 kita yang lampau dekat orang lain. Allah sebagai pencipta pun menutup aib hambanya, melampau lah kita kalau kita pulak yang nak bukak aib kita sendiri. Tu belum lagi yang bukak aib orang lain kan kan. Na'uzubillah.


Haa siapa yang buat salah nd buat salah dekat siapa? Alahh sesiapa je lah. Salah dengan Allah atau salah dengan manusia atau manusia buat salah dengan kita. Kalau kita salah dengan Allah, mestilah kita kena bertaubat. Mohonlah keampunan dariNya, meski dosa kita tinggi menggunung tapi keampunannya seluas langit. Betapa Allah sayangkan hambanya bukan. Allah yang mencipta manusia dan pasti Dia lebih mengetahui bahawa kita adalah manusia yang sentiasa lupa, leka dan bernafsu. Mudah sangat melakukan dosa dan selagi peluang masih ada, mohonlah sebenar benar pengampunan dariNya dan jangan pernah ulanginya lagi. InsyaAllah.


Ok, bila buat salah dengan manusia? Nak buat ape? Mintak maaf lah sayang oi. Adoi tu pun nak kena ajar ke? Hu hu hu. Memang kadang tu tak sengaja dan disengajakan. Kita janganlah pulak buat tak tahu. Pergi la minta maaf walaupun kadang kita rasa salah kita tu kecik jea or rasa tak salah langsung pon ada kadang-2. Tetapi bila sesama manusia, payah sikit sebab sebab sebab ianya terletak di tangan mereka samada ingin memaafkan kita ataupun tidak. Tapi Islam menyuruh kita saling maaf memaafi antara satu sama lain kan. Siapalah kita ni yang taknak maafkan orang lain, padahal dosa yang kita buat sama dengan jea dengan dia. Sedang kan Nabi ampunkan umat inikan pulaa...... Haa pandai-2 sambung lah yee :) Nd macam tu jugak lah bila orang buat salah dengan kita, maaf kan la bila dia dah cuba mintak maaf. Hargai bila orang dah berusaha. Kalau dia tak mintak maaf? Doa dia dapat Hidayah banyak-2. Huhu. Biarlah kat dia, nanti dia sedar punya kesalahan dia. Percayalah. Maafkan semua orang. Baru la hidup kita tenang, aman dan damai. Takde perasaan benci, sakit hati atau dendam kesumat ke ape. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang buat salah dengan kita. "Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu" Hu hu :) Allah mengizinkan si dia menyakiti kita untuk melihat apa reaksi kita bila kita diuji sebegitu. K tiba-2 ideaku membeku di sini -.-



Salam sayang, moga bertemu lagi :)





COLDEST | HOTTEST