DeebaLifeIsAStory
FOLLOW | DASHBOARD

About Cupcakes Entries


Bestfriend jadi Boyfriend ?
03 May 2012 | 7:17 PM | 0 comments
Selamat Petang ^^

Bestfriend jadi boyfriend ? Maksud aku orang yang couple dengan kawan baik dia sendiri la . Contoh kau  kawan baik dengan dia dah bertahun , tetiba jea datang rasa cinta pada kawan baik kau tu , jantung rasa bedebar debar bila berjumpa , otp or sumtink like that . Jika dahulu , dia lah pendengar paling setia , boleh merapu dengan dia , cakap pon main lepas jea (takdenye nak control ayu kann) diala penyelesai masalah , kongsi suka duka segala . Kini situasi dia dah lain , kawan yang selama ni dianggap bff menjadi teman istimewa ??

Persoalannya , cecehh . Adakah hubungan tersebut akan berjalan dengan lancar ? Kau pasti kea yang si dia pun ada perasaan yang sama ? Betul kea apa yang kau rasa tu cinta ? Maybe kau rasa korang serasi tapi mungkinkah korang akan serasi bila dah bercinta ? Hmm :/ Sebab cinta dengan kawan baik ni berbeza . Fikir baik-2 apakah dia lebih sesuai menjadi sahabat atau kekasih ? Kerana seorang sahabat lebih baik tetap menjadi sahabat daripada menjadi kekasih :) Am I right ?

Antara sebabnya , kau minat kat dia kerana karakter dia waktu korang berkawan . Tak mustahil karakter tu akan berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih . Mungkin la sidia ni ada sikap cemburu buta tahap gaban yang tapernah kau sangka waktu berkawan dulu . Hmm ? Plus , kau dah berkawan lama dengan dia kan , semua pasal dia kau dah tahu , so dah tada benda kau nak tanya lagi bila bercinta . Maybe akan timbul rasa bosan antara korang . Tapi ada jugak yang kata , k fasa pertama waktu couple , sesi kenal kenalan tapi korang da tapaya , boleh skip jea . Haha tak perlu la nak mukadimah-2 dah . 

Sebagai sahabat , hubungan korang sangat baik tapi berubah bila dah bercinta . Kau akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik dan siapa lagi nak jadi pendengar setia kalau kau ada masalah dengan dia sendiri ? Banyak orang yang hanya 'merasa' bahwa dorang sedang jatuh cinta pada sahabat sendiri . Pada hal perasaan ini belum tentu betul . Mungkin dorang tengah patah hati nd kebetulan sahabat adalah teman mencurah hati terbaik yang selalu ada . Dalam keadaan macam tu tu , orang akan mudah jatuh cinta , padahal tu just emosi jea . Ada pula yang rasa jatuh cinta hanya kerana kesepian belum mendapat kekasih dan sahabat sendiri menjadi 'pilihan satu-satunya daripada tada'. Ini pula sesuatu yang sangat buruk kayy . Seriously hubungan tu takkan kekal lama sebab nanti korang akan sedar . 'Eh , aku tak cinta kat dia pon act.' Mulalah hubungan jadi retak then break . Terus jadi musuh kerana sidia akan merasa korang just nak main-2 jea . Takut nanti , 'yang dikejar takdapat , yang dikendong berciciran.' Sebab kita akan kehilangan kekasih dan kawan baik pada masa yang sama .

Di sini , bukanla tak boleh bercinta dengan bestfriend tapi kita perlu la fikir 100 kali dulu bukan setengah kali . Korang rasa dah mengenali dia dengan baik sebagai sahabat , tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah . Tetapi mesti ada jugak sahabat yang boleh menjadi keduanya :) Kekasih nd kawan baik . Aku tengok dalam cerita apa tah . Tak berapa nak ingat sangat ayat dia . Ehem 'Kekasih belum tentu boleh menjadi suami yang baik tetapi kawan baik sudah pasti menjadi suami yang baik.' Eh? Macam salah jea . Haha lebih kureng la . Banyak sahabat yang berubah menjadi kekasih dan itu adalah sesuatu yang indah . Memang segala kemungkinan boleh saja terjadi tapi ingat , sahabat merupakan sesuatu yang sukar dicari :)

Sekian.



COLDEST | HOTTEST